BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 8, 2010

 
SK TAMAN DESA SKUDAI
Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai telah dibuka pada 6hb Januari 2003. Nama sekolah ini diambil sempena lokasinya yang terletak di dalam kawasan perumahan Taman Desa Skudai. Jaraknya dari Pusat Bandar Johor Bahru adalah lebih kurang 17km. Terdapat 13 Kelas Arus Perdana, 1 Kelas Pemulihan, 2 Kelas Pra Sekolah dan 1 Kelas Pendidikan Khas. 
 
PEMBUKAAN KELAS INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SKTDS 
Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai telah membuka kelas Rancangan Integrasi Pendidikan Khas bagi murid bermasalah pembelajaran pada awal tahun 2008 dan Puan Ungku Hajah Norsiah Binti Ungku Haji Haither telah dilantik sebagai Penyelaras Pendidikan Khas. Pada awal pembukaan program ini, terdapat hanya 2 orang murid sahaja dan kini pada tahun 2010 telah meningkat kepada 9 orang murid keseluruhannya dengan seorang guru (gsts) beserta seorang pembantu pengurusan murid (ppm).

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SK TAMAN DESA SKUDAI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG 
PENDIDIKAN KHAS SK TAMAN DESA SKUDAI